Mohd Faiz Subri menerima Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk jaringan gol paling cantik sepanjang 2016 daripada Ronaldo Luiz Nazario, bekas penyerang sensasi Brazil.

KUALA LUMPUR – Kejayaan Mohd Faiz Subri meraih Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 telah mengharumkan nama negara di persada antarabangsa, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri itu turut mengucapkan tahniah kepada pemain kelahiran Mohd Faiz selepas diumumkan pemenang dalam satu majlis Anugerah Bola Sepak FIFA 2016 di Zurich, Switzerland, awal pagi tadi.

“Tahniah Faiz Subri memenangi FIFA PUSKAS Award 2016. Alhamdulillah berkat usaha membuahkan hasil, harumkan nama Malaysia di persada antarabangsa,” kata Ahmad Zahid dalam Twitternya.

Mohd Faiz, pemain Pulau Pinang yang mengalahkan dua calon lain iaitu Johnath Marlone Azevedo da Silva dan pemain wanita Daniuska Rodriguez selepas mendapat undian sebanyak 59.46 peratus

Jaringan tercantik oleh Mohd Faiz itu semasa mendapat sepakan percuma semasa menentang Pahang pada Liga Super 16 Februari tahun lalu. – MalaysiaGazette