Kongsi

ZURICH – Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) akan memperluaskan penyertaan Piala Dunia kepada 48 pasukan, tambahan 16 negara untuk kejohanan yang berlangsung pada 2026.

Presidennya, Gianni Infantino yang memihak kepada cadangan itu – 16 kumpulan dengan masing-masing mengandungi tiga pasukan yang mana dua pasukan teratas mara ke pusingan 32 pasukan – mendapat kelulusan sebulat suara Majlis FIFA.

Ia memenuhi ikrar pemilihan Infantino yang mahukan penyertaan yang lebih besar pada Piala Dunia, dan ini akan membantu meningkatkan pembiayaaan kepada 211 ahli FIFA.

Dengan 80 perlawanan, berbanding 64 perlawanan, FIFA menjangka penambahan pendapatan sebanyak AS$1 bilion daripada urusniaga penyiaran, penajaan dan penjualan tiket terhadap unjuran pendapatan AS$5.5 bilion untuk penganjuran Piala Dunia 2018 di Rusia.

FIFA akan memutuskan bilangan penyertaan yang diperuntukan kepada enam benua menjelang Mei.

Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mahu 16 pasukan diperuntukan dalam kejohanan yang mungkin diadakan di benua Amerika Utara. – AP

 

Kongsi

Tinggalkan Jawapan