Home Nasional Sebahagian kawasan KL, PJ alami gangguan air

Sebahagian kawasan KL, PJ alami gangguan air

119
0
Kongsi

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya sedang mengalami gangguan bekalan air akibat kejadian paip pecah berdekatan Kompleks Kolam Air Pantai, Jalan Pantai Bahru.

Kerja-kerja pembaikan paip sedang giat dijalankan dan dijangka akan siap pada 9.00 malam ini dan pemulihan secara berperingkat akan bermula pada 9.00 pagi hari Rabu (11 Januari 2017).

Kawasan-kawasan yang terlibat adalah Seksyen 5/2 hingga Seksyen 5/41, Seksyen 6, Seksyen 7, Seksyen 8, Seksyen 9, Seksyen 10, Seksyen 11, Seksyen 12, Seksyen 13, Seksyen 14, Seksyen 16, Seksyen 17, Seksyen 17A, Seksyen 19, Seksyen 21 dan SS2.

Selain itu kawasan PPUM, Jalan Universiti, Hospital Columbia Asia, Seksyen 52, KA Bukit Pantai, Bangunan Annexe, Wisma Goshen, Wisma Pantai, Jalan Pantai Baharu, Sek. Ren. Bangsar, Balai Polis Pantai Bahru, Balai Bomba Pantai Bahru, Ibu Pejabat Syabas, Maktab Perguruan Lembah Pantai, Pantai Medical Centre dan Tmn Bukit Angkasa.

Turut terjejas Pantai Prima, Kg Kerinchi, Vista Angkasa, Pantai Panorama, KA Bukit Angkasa, Bangsar South,
keseluruhan Lorong dan Jln Pantai, Jalan Bangsar, Taman Weng Lock, Jalan Abdullah dan Lorong Abdullah, Dataran Maybank, Jalan Riong, Menara Telekom, Hotel Pullman, Mid Valley, Ibu Pejabat TNB, Institut Bahasa, Stadium Hoki dan TM Annexe. – MalaysiaGazette

Kongsi

Tinggalkan Jawapan