Transit Aliran Massa Laluan Sungai Buloh-Kajang (MRT SBK) akan melintasi bandar Kuala Lumpur yang akan beroperasi pada esok 16 disember 2016 dari seawal jam 6 pagi semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Stesen MRT Semantan, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 15 DISEMBER 2016

KUALA LUMPUR – Standard Chartered Bank memotong unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kepada 3.8 peratus berbanding 4.0 peratus sebelumnya.

Menurut Ketua Penyelidikan Ekonomi Aseannya, Edward Lee, tinjauan masa hadapan yang kurang memberangsangkan itu disebabkan oleh kadar perbelanjaan pengguna yang lemah.

Kadar pertumbuhan penggunaan dijangka menurun kepada 5.5 peratus berbanding enam peratus tahun lepas.

Menurut Edward, kuasa pembeli yang disokong oleh langkah kerajaan mengurangkan sumbangan pekerja kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sudah tidak lagi mampu menyokong kuasa pembeli pada 2017.

Namun dari sudut positif, sokongan daripada pelaburan pembinaan dan projek prasarana di dalam negara terutamanya syariat-syarikat awam.

Beliau bagaimanapun memberitahu perbelanjaan kerajaan akan menjadi terhad oleh konsolidasi fiskal yang sedang dilaksanakan.

Menurut Standard Chartered, Bank Negara dijangka mengurangkan lagi kadar faedah tahun ini dan diharapkan dapat mengurangkan kos perkhidmatan di sebalik peningkatan kadar faedah Amerika Syariat. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan