Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Perak dan Kelantan cuba mengesan tiga individu bagi membantu siasatan.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak sedang mengesan dua lelaki warga negara Myanmar bernama John @ Than Zin Woo dan Musa bin Ali bagi membantu siasatan SPRM.

John yang bekerja sendiri serta memegang Kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang PelarianĀ (UNHCR) bernombor 354-09C04215 dikesan mempunyai alamat terakhir di Rumah Kedai Simpang Empat, Taman Merah, Butterworth, Pulau Pinang.

Manakala Musa yang juga bekerja sendiri dan memegang Kad UNHCR bernombor 354-14C05108 dikesan mempunyai alamat terakhir di No 177, Jalan Burma, Pulau Pinang.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kedua-dua individu iniĀ boleh menghubungi Pegawai Penyiasat SPRM, Mohamad Faizul bin Zainal Abidin di talian 012-5385355 atau Pengawai Penyiasat SPRM, Alma binti Albani di talian 019-5957889 atau menghubungi SPRM Perak di talian 05-5267000 / 05-5261227.

Manakala, SPRM Kelantan sedang mengesan seorang lelaki warganegara Malaysia bernama Norshah Abdul Rahman bagi membantu siasatan SPRM.

Norshah, 43, yang berkerja sebagai peniaga kedai runcit dan memegang kad MyKad bernombor 741014-03-5369 dikesan mempunyai dua alamat terakhir di Blok B 143, Taman Makmur Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan dan Kampung Padang Lembek, Ketereh, Kota Bharu, Kelantan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat SPRM, Chaiyuth a/l Fun Pon di talian 012-4154845 atau menghubungi SPRM Kelantan di talian 09-7661800. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan