Home Dunia Maghribi larang beli, pakai burka

Maghribi larang beli, pakai burka

Pemakaian burka tidak popular di Maghribi.

MARRAKESH – Negara ini telah mengharamkan penjualan, pengeluaran dan import burka, menurut laporan media tempatan.

Notis larangan itu telah dihantar Isnin lalu, memberi tempoh 48 jam kepada perniagaan mengeluarkan burka dalam stok-stok mereka.

Tidak ada pengumuman rasmi daripada kerajaan, tetapi pegawai-pegawai yang tidak dinamakan memberitahu  keputusan itu dibuat atas sebab keselamatan.

Ia adalah tidak jelas jika Maghribi kini bercadang untuk mengharamkan pemakaian burka secara terang-terangan, meskipun pemakaiannya tidak popular di negara itu.

Seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri mengesahkan larangan itu kepada laman berita Le360, sambil menambah  penjenayah menggunakan pakaian itu untuk melakukan jenayah mereka. – MalaysiaGazette