Abdul Hadi Awang

Presiden Pas menyifatkan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem sebagai pemimpin yang komited dan disenangi rakyat Sarawak.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, rakyat Sarawak juga kehilangan seorang ketua menteri yang berusaha memajukan negeri itu sepanjang karier allahyarham.

“Almarhum menunjukkan komitmen yang sangat tinggi dalam memperjuangkan nasib rakyat dan negeri Sarawak semenjak mula menerajui pemerintahan negeri pada Mac 2014.

“Banyak perubahan positif yang telah dan sedang beliau usahakan dalam memajukan negeri Sarawak,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Hadi juga menyatakan rasa simpatinya kepada keluarga allahyarham dan mendoakannya ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.-MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan