Home Ekonomi Pengecualian cukai bagi institusi keagamaan kekal

Pengecualian cukai bagi institusi keagamaan kekal

127
0
Johari Abdul Ghani

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan akan mengeluarkan suatu perintah pengecualian di bawah seksyen 127 Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi mengecualikan semua jenis pendapatan institusi keagamaan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia atau di bawah mana-mana undang- undang bertulis yang mengawal selia institusi tersebut.

Perintah pengecualian yang dimaksudkan akan dikeluarkan dalam masa yang terdekat.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, prasyarat pendaftaran untuk mendapatkan pengecualian adalah selaras dengan hasrat kerajaaan supaya institusi keagamaan sentiasa dikawal selia dengan baik dan tidak disalahgunakan oleh pihak- pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menurut beliau, kekeliruan berkaitan status pengecualian cukai institusi keagamaan susulan daripada pindaan kepada perenggan 13(1) Jadual 6 Akta Cukai Pendapatan 1967.

Johari berkata, pindaan tersebut pada prinsipnya tidak bertujuan untuk menarik balik status pengecualian cukai yang telah dinikmati oleh institusi keagaaman.

Pertemuan itu juga dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan kementerian serta Datuk Sabin Samitah selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

Johari berkata, pindaan tersebut pada prinsipnya tidak bertujuan untuk menarik balik status pengecualian cukai yang telah dinikmati oleh institusi keagaaman. – MalaysiaGazette