Dylann Roof

CHARLESTON – Seorang lelaki dihukum mati selepas didapati bersalah melakukan pembunuhan yang bermotif perkauman terhadap sembilan orang kulit hitam di gereja South Carolina.

Dylann Roof didapati bersalah pada bulan lalu kerana terlibat dalam 33 tuduhan persekutuan, termasuk jenayah kebencian, selepas melepaskan tembakan kepada sekumpulan yang sedang mempelajari bible pada tahun 2015.

Beliau yang mendakwa telah bertaubat, memberitahu juri: “Saya rasa seperti saya terpaksa melakukannya dan saya rasa seperti saya perlu melakukannya”.

Juri mengambil masa hamprr tiga jam sebelum mencapai keputusan tersebut.

Pembunuhan beramai-ramai itu telah mengejutkan negara dan mencetuskan perdebatan tentang hubungan kaum dan pengibaran Bendera Gabungan.

Roof memberitahu polis, dia mahu memulakan perang bangsa dan gambar dia memegang bendera melambang simbol kebencian.

Tragedi menyebabkan bendera berkenaan diturunkan dari kediaman rasmi South Carolina, selepas dinaikkan sejak 50 tahun lalu.

Sebelum itu, Roof berkata kepada juri: “Saya tidak tahu apa yang baik akan saya lakukan jika saya terus hidup”.

Hakim akan mengeluarkan hukuman rasmi pada pagi Rabu.

Selepas hukuman itu diumumkan juri, Roof yang berusia 22 tahun berdiri dan meminta supaya melantik peguam baru dan untuk memfailkan semula perbicaraan.

Hakim Daerah Amerika Syarikat, Richard Gergel bagaimanapun menolak permintaan itu dan mengarahkan Roof memikirkannya semalaman.

Berpuluh-puluh rakan dan saudara-mara mangsa yang ditembak mati di Gereja Emmanuel AME di Charleston memberi keterangan semasa fasa hukuman bagaimana tindakan Roof itu telah memberi kesan kepada kehidupan mereka.

Tetapi tidak seorang pun daripada mereka telah merayu kepada juri supaya tertuduh dikenakan hukuman mati. – MalaysiaGazette