Bank Dunia
Bank Dunia

WASHINGTON – Bank Dunia meramalkan ekonomi global akan berkembang sedikit pada tahun 2017 selepas perubahan dalam prestasi yang paling teruk pada tahun lalu sejak krisis kewangan 2008.

Menurutnya, pertumbuhan global berkembang pada kadar 2.7 peratus tahun ini. Semakan itu merosot daripada ramalan awal 2.8 peratus yang dibuat pada Jun tahun lalu, tetapi jauh lebih baik berbanding pertumbuhan 2.3 peratus pada tahun 2016.

Ekonomi global menghadapi beberapa halangan tahun lepas, daripada masalah ekonomi di China disebabkan kegawatan pasaran kewangan.

“Kita akan melihat prospek ekonomi yang lebih kukuh tahun ini,” kata Presiden Bank Dunia, Jim Yong Kim.

Laporan Prospek Ekonomi Global Bank Dunia mengunjurkan pertumbuhan 2.2 peratus di Amerika Syarikat, meningkat daripada kira-kira 1.6 peratus berbanding pada 2016.

Unjuran Amerika Syarikat bagi 2016 adalah lebih rendah daripada unjuran pada bulan Jun, berkembang 1.9 peratus, sementara prospek bagi tahun ini adalah tidak berubah.

Bagi tahun-tahun sejak krisis kewangan 2008, Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa, masing-masing terlalu optimistik dengan jangkaan pertumbuhan ekonomi dunia.

Pertumbuhan Amerika Syarikat pada separuh pertama tahun lalu terjejas selepas syarikat-syarikat negara itu  bergelut dengan dolar yang kukuh, yang menjejaskan eksport.

Kejatuhan besar harga minyak turut mencetuskan pengurangan mendadak dalam perbelanjaan pelaburan oleh syarikat-syarikat tenaga.

Di peringkat global pula, kebanyakan negara-negara membangunkan bergelut dengan kejatuhan harga komodi.

Bank Dunia berkata, pengeksport komoditi dalam pasaran baru muncul dan negara membangun lain dijangka mengalami pengembangan ekonomi sebanyak 2.1 peratus pada tahun 2017 selepas meningkat hampir 0.3 peratus  pada tahun 2016.

Unjuran baru menjangkakan harga komoditi yang secara beransur-ansur pulih manakala Rusia dan Brazil diramal berkembang selepas mengalami kemelesetan pada tahun lepas.

Dalam kalangan negara maju, Bank Dunia berkata, Amerika Syarikat diramal mendapat manfaat daripada pemulihan dalam pembuatan dan pelaburan selepas kelembapan tahun lepas.

Bank Dunia berkata, terdapat potensi lebih baik di Amerika Syarikat jika program rangsangan yang dicadangkan oleh  Donald Trump digubal.

Trump berjanji untuk mengurangkan cukai, menangguhkan peraturan membebankan dan meningkatkan perbelanjaan infrastruktur.

Bank Dunia berkata, keuntungan direalisasikan daripada pertumbuhan Amerika Syarikat yang lebih kukuh boleh membantu meningkatkan prospek global.

Bagaimanapun, Bank Dunia memberi amaran cadangan untuk mengenakan tarif barangan yang lebih tinggi dari negara-negara seperti China dan Mexico menjadi ancaman kepada pertumbuhan jika ia mencetuskan perang perdagangan.

Bank Dunia berkata, import komoditi pasaran baru muncul dan membangun berkembang sebanyak 5.6 peratus tahun ini, turun sedikit daripada 5.7 peratus pada tahun lalu.

Dalam kumpulan ini, China dijangka mengalami kelembapan teratur dalam pertumbuhan kepada kadar 6.5 peratus, berbanding anggaran 6.7 peratus tahun lalu.

Pertumbuhan global secara keseluruhan adalah 2.7 peratus pada tahun ini, sepadan dengan keuntungan pada tahun 2014 dan 2015. – MalaysiaGazette