Home Nasional Reman KSU, anak dilanjut sehingga Ahad

Reman KSU, anak dilanjut sehingga Ahad

64
0
Individu yang dipercayai KSU sebuah dibawa oleh pegawai SPRM selepas mendapat lanjutan reman 4 hari oleh Mahkamah Majistret,Putrajaya.

PUTRAJAYA – Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan tempoh reman seorang ketua setiausaha kementerian dan seorang anaknya yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah dilanjutkan sehingga Ahad ini.

Manakala seorang lagi anak lelakinya yang berusia 29 tahun dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman selepas membenarkan permohonan SPRM untuk lanjutan siasatan kedua-dua saspek.

Ketua setiausaha yang bergelar datuk itu ditahan di Subang Jaya pada 4 Januari lalu.

SPRM juga merampas wang tunai, pelbagai mata wang dan jongkong emas serta barangan lain termasuk beg tangan dan jam tangan berjenama. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan