Faiz Subri (dua kanan) ditemani anaknya Akif Fayyadh menunjukkan Anugerah FIFA PUSKAS 2016 yang dimenanginya kepada para penyokong ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. foto FAREEZ FADZIL, 11 JANUARI 2017

SEPANG – “Terpulang depa (mereka) nak kata apa pun. Tapi saya dah buat yang terbaik. Tak apalah, apa depa nak cakap, cakap je lah.”

Itu reaksi spontan penerima anugerah jaringan gol terbaik Anugerah
FIFA PUSKAS 2016, Mohd. Faiz Subri sebagai respon kecaman netizen ekoran keengganan memakai baju Melayu dan berucap dalam bahasa Inggeris yang teruk.

Mohd. Faiz yang hanya tersenyum dan ternyata tidak terkesan dengan kecaman pengguna media sosial.

Terdahulu, Mohd. Faiz menerima dua pasang baju Melayu untuk pada majlis berprestij itu namun Faiz tidak dapat memakainya kerana suhu yang terlalu sejuk di Zurich, Switzerland.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin yang duduk disebelahnya menambah kecaman itu disifatkannya datang daripada orang ramai yang tidak mampu menyumbang jasa seperti Mohd. Faiz.

“Saya rasa mereka yang bagi kritikan ini tidak pernah menang anugerah peringkat dunia. Jadi siapa sahaja yang bagi kecaman dia patut melihat kepada pengiktirafan yang Mohd. Faiz bawa kepada Malaysia.”

“Mereka ini tak apa sumbangan seperti sama Mohd. Faiz telah buat,” ujar Khairy dalam sidang khas yang diadakan bagi menyambut kepulangan pemain bola sepak Pulau Pinang itu.

Dalam majlis itu, Mohd. Faiz telah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Record kerana pencapaiannya sebagai rakyat Malaysia pertama memenangi anugerah pertubuhan bola sepak dunia itu.

Khairy dalam sidang media turut mengumumkan kementeriannya menghulurkan wang tunai RM100,000 kepada Mohd. Faiz sebagai sagu hati.

Manakala Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin juga menyampaikan sumbangan RM50,000 kepada Mohd. Faiz.

Sementara itu, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipenuhi ratusan peminat yang menyambut kepulangan wira negara itu.-MalaysiaGazette