KUALA LUMPUR – Niat asal hanya buat video untuk gurauan, alih-alih aksi video aktres popular Rita Rudaini dikecam netizen.

Ini kerana video itu menjadi tular selepas disebarkan pihak tidak bertanggungjawab di media sosial.

Ibu tunggal kepada dua anak itu melahirkan rasa terkilan dengan apa yang terjadi.

Jelas Rita berkata, video yang meminta orang masuk meminang dirinya itu itu sebenarnya dihasilkan untuk gurauan dalam kumpulan WhatsApp ahli keluarga seorang artis yang dikenalinya.

Yang buat aktres berusia 40 tahun itu kecewa kerana statusnya dirinya yang dihentam dengan mendakwa dia sangat terdesak pula untuk berkahwin semula.

Bersabarlah Rita. Harap lepas ini akan lebih berhati-hati untuk menghasilkan video bagi memenuhi permintaan pihak tertentu.

Namun difahamkan ahli keluarga artis itu sudah pun mengaku perbuatan mereka dan turut memohon maaf dia memaafkan pihak berkenaan dengan hati yang terbuka. – MalaysiaGazette