Daily Mail mendedahkan Sky Sports akan menggunakan teknologi canggih iaitu kamera Spidercam dari atas padang di Old Trafford pada minggu ini sebelum ia diperluaskan kaedah dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah dan Piala Dunia.

Dengan penggunaan teknologi baharu itu, pergerakan pemain akan dirakam kira-kira 10 hingga 40 meter di atas padang mengikut situasi selain ia dapat bergerak ke seluruh penjuru untuk memastikan kepuasan penonton.

Pihak berkuasa tempatan di Manchester telah memberi kelulusan untuk pemasangan kamera berkenaan di Old Trafford minggu lalu dan ia bakal menghangatkan lagi pertembungan pasukan berkenaan.

Pengkritik berpendapat pemasangan kamera canggih itu sesuai menjelang perlawanan tumpuan yang mampu mengubah kedudukan liga ketika ini.

Penonton akan lebih puas untuk melihat jaringan atau percubaan yang dilakukan kerana ia jelas serta lebih dekat.

“Ia juga akan menjadi peralatan penting untuk digunakan dalam analisis pengkritik atau jurulatih pasukan Liga Perdana Inggeris” jelas laporan itu. – MalaysiaGazette