Home Politik BN bertambah kuat di bawah Abang Johari

BN bertambah kuat di bawah Abang Johari

PUTRAJAYA – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yakin Barisan Nasional (BN) Sarawak akan bertambah kuat dan maju di bawah kepimpinan Ketua Menteri baharu, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Tengku Adnan berkata, beliau juga percaya Abang Johari akan meneruskan legasi Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Abang Johari dan saya percaya beliau dapat melaksanakan apa yang telah ditinggalkan oleh Allahyarham Adenan.

“Saya juga mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Adenan dan saya hanya boleh mendoakan semoga roh kawan baik saya itu ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Ping Pong Putrajaya di sini, hari ini.

Abang Johari atau lebih mesra dengan panggilan Abang Jo dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu bagi menggantikan Adenan yang meninggal dunia Rabu lepas.- MalaysiaGazette