Pengunjung partunjukan udara Hat Yai boleh melihat kepulan asap hitam akibat kemalangan jet pejuang Saab JAS 39 Gripen.

HAT YAI – Sebuah pesawat pejuang, Saab Griben, yang mengambil bahagian pada pertunjukan udara sempena Hari Kanak-Kanak di Lapangan Terbang Antarabangsa Hat Yai, Thailand terhempas.

Juruterbang pesawat tersebut dilaporkan terbunuh.

Pertunjukan yang penuh warna-warni untuk kanak-kanak di Hat Yai itu bertukar menjadi mimpi ngeri apabila juruterbang yang melintasi lapangan terbang hilang kawalan dan pesawatnya terhempas di darat.

Rakaman video yang dilakukan ketika orang ramai meraikan percutian dengan mememgang belon dan payung menunjukkan pesawat buatan Sweden, Saab JAS 39 Gripen, meluncur laju dengan deruman enjin melintasi lapangan terbang.

Pesawat pejuang itu sedang melakukan aksi lagak ngeri sebelum terhempas dengan muncungnya menjunam ke tanah.

Juruterbang yang tidak kelihatan keluar daripada pesawat itu dikatakan terkorban.

Pesawat itu terhempas jauh daripada kumpulan orang ramai dan setakat ini tidak diketahui kerosakan dan kehilangan nyawa di lokasi kelamalangan.