Penyanyi, Hazama hari ini selamat diijabkabul dengan pasangannya, Genervie Kam yang juga seorang pemuzik di Villa Orchid, Gombak.

Perkahwinan penyanyi lagu Di Amaran Mama itu dibuat secara ringkas dan beliau mahu menumpukan penyertaannya dalam Anugerah Juara Lagu 31 (AJL 31) pada 22 Januari ini.

“Ini (majlis ringkas) adalah permintaan saya dan keluarga kedua-dua belah pihak pun bersetuju dengan melakukan apa yang wajib sahaja.

“Cukuplah sekadar majlis ringkas untuk meraikan saya dan isteri. Penyatuan ini cukup memberikan kebahagiaan bermakna walaupun tanpa kenduri besar-besaran,” ujarnya kepada BH Online.

Hazama sebelum ini ada menyatakan akan mendirikan rumah tangga sebelum berlangsungnya AJL 31.

Majlis pernikahan Hazama dan Genervie diadakan dalam majlis tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.-MalaysiaGazette