Ruang pameran Benelli, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. (MForce) yang berpangkalan di Pulau Pinang dipercayai dilantik menjadi pengedar baru kepada motosikal jenama Itali, Benelli.

Dengan pelantikan itu, kontrak Benelli Keeway Motocycles Sdn. Bhd (BKM) yang diperoleh daripada sejak tahun 2012 akan ditamatkan.

MForce bekerjasama dengan syarikat Taiwan bagi mengedar motosikal jenama SYM

Sejak lima tahun lalu BKM bertindak memasang, mengedar dan mengimport motosikal Benelli selepas berjaya mendapat kontrak daripada QianJiang Group dari China.

QianJiang adalah pengeluar terbesar motosikal di China yang memilili jenama Keeway yang didaftar di Eropah, selaun jenama motosikal Itali, Benelli.

Sumber industri memberitahu, pengambilalihan  BKM kepada MForce dijangka bermula Mac ini.

MalaysiaGazette difahamkan, penamatan kontrak itu adalah dibuat atas dasar perniagaan.

Difahamkan Benelli menjual dalam lingkungan 300 buah motosikal sebulan. Benelli menawarkan motosikal dari 200cc hingga ke atas.

Bagaimanapun, pertukaran itu tidak menjejaskan perniagaan kerana syarikat baru yang mendapat kontrak itu akan mengambil alih stok, komponen dan alat ganti bagi pemasangan dan penyelenggaraan motosikal Benelli di Malaysia.

Cuma, ia menimbulkan kebimbangan terhadap nasib 70 kakitangan BKM kerana penamatan kontrak itu dimaklumkan dalam notis pendek pada Isnin lalu.

Dipercayai, syarikat bary itu tidak akan menyerap kakitangan yang ada. – MalaysiaGazette