Home Dunia Anak bakal presiden Gambia mati digigit anjing

Anak bakal presiden Gambia mati digigit anjing

GAMBIA – Anak lelaki Presiden Gambia yang baru dipilih, Habibu Barrow, 8,  meninggal dunia selepas digigit anjing.

Mangsa meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di Manjai berhampiran ibu negara Gambia, Banjul.

Sementara itu, Presiden Gambia, Adama Barrow tidak dapat menghadiri upacara pengebumian anaknya kerana dinasihatkan supaya berada di Senegal atas sebab-sebab keselamatan.

Barrow telah memenangi pilihan raya negara itu tetapi penyandangnya, Yahya Jammeh tidak mahu menerima kemenangan itu.

Badan serantau Ecowas telah meminta Barrow untuk berada di Senegal sehingga Khamis – tarikh yang dirancang angkat sumpah.

Gambia juga sedang mempertimbangkan campur tangan tentera untuk memaksa Jammeh untuk melepaskan kuasa.

Jammeh memohon kepada Mahkamah Agung untuk menghentikan majlis angkat sumpah Barrow namun ditolak oleh Ketua Hakim kerana beliau adalah subjek kepada injuksi.- MalaysiaGazette