Gene Cernan

NEW YORK – Astronaut Amerika Syarikat, Gene Cernan, lelaki terakhir yang berjalan di bulan meninggal dunia pada usia 82 tahun.

Agensi Angkasa Amerika Nasa berkata, kematian Cernan merupakan satu kehilangan.

Gene Cernan semasa menyertai misi Apollo 7.
Gene Cernan semasa menyertai misi Apollo 7.

Kapten Cernan adalah antara tiga orang angkasawan yang ke bulan dua kali dan beliau adalah lelaki terakhir yang meninggalkan permukaan bulan pada tahun 1972.

Ketika itu beliau adalah komander Appollo 17.

Seramai 12 orang angkasawan berjaya berjalan di bulan dan hanya enam daripada mereka masih hidup.

Keluarganya berkata, Cernan meninggal dunia disebabkan masalah kesihatan tetapi tidak megulas lanjut.

Sebelum menyertai misi Apollo 17, Cernan yang dilahirkan pada 14 Mac 1934 sudah mengembara sebanyak dua kali di angkasa iaitu pada tahun 1966 dan 1969.

Beliau bersara pada tahun 1976 untuk menyertai perniagaan dan terlibat dalam beberapa rangkaian televisyen Amerika Syarikat. – MalaysiaGazette