Abdulkadir Masharipov

ISTANBUL – Saspek utama yang melakukan serangan di kelab malam di Istanbul pada malam Tahun Baru telah berjaya diberkas di bandar Turki.

Abdulkadir Masharipov dipercayai terlibat dalam serangan di Kelab Reina yang mengakibatkan 39 orang terbunuh.

Warga Uzbek itu ditahan di daerah Esenyurt di Istanbul.

Serangan itu dipercayai didalangi oleh Kumpulan IS bagi membalas dendam pembabitan tentera Turki di Syria.

Abdulkadir dikatakan tiba di kelab itu dengan menaiki teksi sebelum bergegas ke pintu masuk dengan senjata api yang diambil dari but kereta.

Media tempatan melaporkan polis menemui lelali itu bersama anak lelakinya berusia empat tahun di kediaman rakannya di bandar itu.

Polis merakam gambar saspek dengan luka dan lebam di muka serta baju-T yang dipakai berdarah.

Lelaki itu kemudian dibawa untuk rawatan sebelum dibawa ke ibu pejabat polis untuk siasatan.

Saspek dipercayai menyewa sebuah rumah di Konya bersama seorang wanita yang dipercayai isterinya bersama dua orang kanak-kanak.

Beliau tiba di Istanbul pada 15 Disember lalu. – MalaysiaGazette