Louis van Gaal

AMSTERDAM – Bekas pengurus Belanda dan Manchester Unietd, Louis van Gaal menamatkan kerjaya jurulatih berikutan tragedi yang menimpa keluarganya, lapor media Belanda, lapor Reuters.

Bekas pengurus berusia 65 tahun yang tidak melatih mana-mana pasukan sejak United memecatnya pada Mei tahun lalu dan beliau menolak tawaran lumayan daripada kelab China.

“Saya boleh pergi ke sana (China), tetapi saya masih di sini,” kata van Gaal kepada De Telegraaf.

“Banyak perkara telah berlaku dalam keluarga saya menyebabkan saya terpaksa melihat (sesuatu) dalam aspek berlainan.

Kematian anak menantunya telah menjadi pemangkin (untuk berundur), katanya.

“Saya telah katakan (selepas meninggalkan United) bahawa saya akan berhenti tetapi saya menukarnya kepada menangguhkannya tetapi sekarang saya percaya bahawa saya tidak akan melatih lagi,”.

Ditanya jika dia tidak membunyai cita-cita yang belum tercapai, van Gaal berkata: “Tidak, sebenarnya tidak. Saya sudah memiliki semuanya dalam hidup saya,”.

“Saya mendapati adalah bosan untuk menyatakannya tetapi lihat kepada negara di mana saya telah bekerja dan tahap kelab saya latih dan tiada apa yang tinggal.

“Sebenarnya saya mahu berhenti selepas Piala Dunia (di Brazil pada 2014) tetapi kemudiannya peluang di England menjelma. Ia merupakan sebuah negara yang menarik yang kini ada dalam CV (curriculum vitae) saya ,”.

Van Gaal said winning last year’s FA Cup, against the backdrop of impending dismal, was the greatest achievement of his career.

van gaal berkata, menjulang Piala FA pada tahun lalu, walaupun dipecat, merupakan pencapaian terbesarnya dalam kariernya.

“Saya telah berdiri di atas papan yang direntang enam bulan lalu. Media England meletakkan kepala saya dalam alat pemenggal kepala. Dalam keadaan itu anda perlu cuba kekal dengan visi anda dan memberi inspirasi kepada pemain Manchester United,” katanya.

Beliau pernah menguruskan Ajax Amsterdam, Barcelona dan AZ Alkmaar. – MalaysiaGazette