Salleh Said Keruak

KUALA LUMPUR- Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata banyak idea Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai bagaimana sesuatu perkara perlu dilakukan, sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi berkesan.

Beliau berkata bekas perdana menteri itu perlu meningkatkan pengetahuannya mengenai bagaimana sesuatu perkara dilakukan pada masa kini dan apa maksud perkataan globalisasi.

“Dunia kini tanpa sempadan dan Dr Mahathir perlu menerima keadaan ini,” katanya menerusi catatan dalam blog beliau di http://sskeruak.blogspot.my/ semalam.

Salleh mengulas jawapan Dr Mahathir terhadap kenyataan Sultan Johor Sultan Ibrahim mengenai pelaburan dari China di Johor, dalam satu wawancara dengan akhbar harian berbahasa Inggeris, The Star Isnin lalu.

Salleh berkata seperti biasa Dr Mahathir terpaksa menggunakan ‘logik yang tidak masuk akal’ ketika menjawab kenyataan Sultan Johor itu.

Sebagai contoh, Dr Mahathir berkata beliau menggunakan laporan berita asing sebagai rujukan dan memandangkan laporan itu tidak dicabar atau dinafikan, bermakna ia sememangnya benar.

“Menggunakan logik yang sama, banyak yang diperkatakan tentang Dr Mahathir yang mana beliau sendiri tidak menafikannya, dan Dr Mahathir yang berkata bukan semua laporan berita asing adalah benar.

“Dr Mahathir menjelaskan mengenai perbezaan antara pelaburan langsung asing (FDI) yang boleh diterima dan tidak boleh diterima. Warga asing dialu-alukan untuk melabur di Malaysia selagi mereka tidak mendapat manfaat dan ia hanya memberi keuntungan kepada rakyat Malaysia sahaja,” katanya.

Salleh menjelaskan pelabur hanya melabur di mana-mana negara sekiranya ia menguntungkan mereka, seperti semasa zaman Dr Mahathir apabila beliau memberikan mereka cukai percutian dan menjaminkan mereka dengan buruh yang murah.

Pelabur, kata Salleh, melabur untuk mendapatkan keuntungan dan bukan membuat kerja-kerja kebajikan, Dr Mahathir juga tahu akan hakikat ini.-MalaysiaGazette