Hanipa Maidin
Hanipa Maidin

KUALA LUMPUR – “Kalau tak mahu sangat lihat DAP dan PAN, pergilah ke Perhimpunan Agung UMNO, Insya Allah tak jumpa,”

Itu sindiran Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin kepada parti lamanya, Pas ekoran memberi alasan tidak mahu berjumpa dengan orang Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP dalam majlis perasmian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Shah Alam baru-baru ini.

“Belajarlah macam Datuk Seri Anwar Ibrahim, masih boleh bersalam dengan Tun M (Mahathir Mohamad) walaupun sebelum ini mereka pernah berseteru.

“Belajarlah dgn Tun M, walaupun dikecam teruk oleh musuh-musuh politiknya dulu, tapi masih boleh bersama sama dengan bekas musuh politiknya. Ini barulah jiwa besar dan simbol negarawan ulung,” kata wakil rakyat PAN itu dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Hanipa, Pas juga mencontohi perbuatan Rasulullah SAW yang hadir dan menunaikan solat jenazah ke atas Abdullah Ubay walaupun mereka bermusuh.-MalaysiaGazette