Amira Othman

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Amira Othman belum berfikir mencari pasangan, sebaliknya ingin memberi tumpuan sepenuhnya pada kerjaya seni.

Wanita berusia 24 tahun itu, dia meletak sasaran menamatkan zaman bujang di usia 28 tahun dan mengimpikan seorang lelaki matang dan mempunyai sifat serta bertanggungjawab kepada keluarga.

Dia yang popular dalam drama Abang Bomba I Love You, berkata, sekiranya waktu tiba untuk dirnya menjalin hubungan, dia memilih untuk tidak mahu bercinta dalam jangka masa yang panjang.

“Saya masih solo dan tiada teman lelaki. Mungkin sebab sekarang saya sibuk fokus pada kerja.

“Tapi saya merancang kalau nak kahwin, saya nak kahwin di usia 27 atau 28 tahun. Tapi sebolehnya saya tidak mahu bercinta lama-lama, bimbang nanti jika hubungan itu tidak dapat berakhir hingga ke jinjang pelamin, saya rasa buang masa,” jelasnya.

Amira ditemui selepas majlis pelancaran produk kosmetik Meriel Skin Care & Cosmetic yang berlangsung di Saloma Bistro di sini baru-baru ini.

Perkembangan lain, Amira kini rancak mempromosikan singlenya berjudul Jaga-Jaga dan Hati-Hati. – MalaysiaGazette