MUNICH – Pemain tengah prolifik, Xabi Alonso akan bersara daripada karier bola sepak setelah tamat musim ini.

Dia berkata, Bayern Munich adalah kelab terakhirnya sebelum menggantung but dan menjalani fasa baru dalam hidup selepas ini.

Alonso, 36, bakal bersara dengan pencapaian yang luar biasa kerana terlalu banyak kejayaan beliau sepanjang karier.

Pemain antara Sepanyol itu dingati antara deep lying playmaker yang paling berpengaruh di dunia.

Kekuatan utamanya adalah hantaran yang tepat. Alonso terkenal dengan karakter beliau yang tenang di dalam padang dan juga rembatan dari jarak jauh.

Xabi Alonso lahir dilahirkan di Tolosa, Sepanyol pada 25 November 1981.

Dia merupakan pemain yang pernah beraksi dengan banyak kelab ternama seperti Liverpool, Real Madrid dan kini di Bayern Munich. – MalaysiaGazette