Khalid Abu Bakar

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan terdapat satu laporan polis berhubung dakwaan salah guna kuasa bekas Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zain.

“Kami menerima laporan tersebut tahun lepas kalau tidak silap. Penyiasatan telah dibuat dan kami telah menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk diteruskan dengan tindakan lanjut.

“Seperti biasa, kami perlu menyiasat kerana terdapat laporan dan apa jua hasil siasatannya akan diserahkan kepada Peguam Negara,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.- MalaysiaGazette