KUALA LUMPUR – Pasaraya beli-belah, Mydin Mohamed Holdings Berhad meneruskan lagi kerjasama dengan penyanyi popular, Anuar Zain apabila mengumumkan kesinambungan jelajah Anuar Zain Album Tour 2017.

Keputusan itu dibuat berdasarkan impak yang diterima daripada jelajah Anuar Zain di lima lokasi tahun lalu.

Bagi jelajah tahun ini pula, selain, enam lagi penaja turut tampil bekerjasama seperti produk Wonder Glow, Nescafe, syampu Head & Shoulders, Classic Billboard, Cats FM dan Suria FM sebagai rakan radio.

Jika tahun lalu, promosi single pertama iaitu Andainya Takdir’ menyaksikan lima lokasi di Semenanjung.

Tetapi kali ini Anuar memilih lagu Cinta Takkan Berakhir sebagai single kedua dengan mendekati peminatnya di tiga gedung Mydin di Sarawak bermula di Mydin Samariang, Kuching pada 12 Februari, Mydin City One pada 9 April ini dan Mydin Vista Tunku di tarikh belum ditetapkan.

Di Semenanjung pula, Anuar akan bertemu dengan peminatnya di Mydin Pulau Sebang, Melaka (12 Februari); Mydin Parit Buntar, Perak (5 Mac) dan Mydin Senawang, Negeri Sembilan pada 26 Mac ini.

Sempena promosi itu juga, Anuar akan melancarkan muzik video Cinta Takkan Berakhir arahan Amor Rizan.

Lagu tersebut adalah ciptaan Numata (Inu,Mhala dan Tantra).- MalaysiaGazette