Pemain sayap Manchester United , Ashley Young sedang mempertimbangkan perpindahan ke China untuk menyertai kelab Liga Super, Shandong Luneng.

Pemain berusia 31 tahun itu masih mempunyai kontrak bersama United sehingga 2018.

Dia dikatakan bakal ditawarkan bayaran sekitar £10 juta.

Young telah ditawarkan kontrak tiga tahun bersama Shandong dengan menerima gaji bernilai sekitar £ 5.25 juta setahun selepas cukai.

Gaji tersebut sama dengan gajinya bersama United.

Luneng turut dibarisi pemain ternama seperti Graziano Pelle dan Papis Cisse.

Young kini kurang mendapat perhatian pengurus Jose Mourinho dalam kesebelasan utama. – MalaysiaGazette