MANCHESTER – Jose Mourinho berkata Memphis Depay mampu kembali ke Manchester United selepas penyerang itu menyertai Lyon semalam.
Lyon melengkapkan perjanjian untuk menandatangani Depay dengan bayaran yang boleh meningkat kepada £21.7 juta.
Pemain berusia 22 tahun itu bergelut untuk bermain di bawah Mourinho apabila membuat hanya lapan penampilan dalam kesemua pertandingan sepanjang musim ini.
Bagaimanapun, Mourinho mengesahkan United mempunyai klausa pembelian balik dalam perjanjian itu yang membolehkan pemain yang ditandatangani oleh Louis van Gaal pada tahun 2015 kembali ke kelab itu.
“Sejujurnya, dia merupakan pemain yang sangat baik,” Mourinho menambah.
“Saya fikir apabila Van Gaal memutuskan untuk membelinya, dia melakukan dengan baik.
“Dia (van Gaal) mengenalinya sebaik daripada pasukan kebangsaan ketika dia masih muda dengan dalam Piala Dunia dan menunjukkan kualiti terbaik.
“Dia telah bermain baik di liga Belanda tetapi tidak sama seperti di sini tetapi dia menunjukkan perkara-perkara yang sangat baik.
“Dia tidak berjaya dalam tempoh 18 bulan tetapi dia masih sangat muda, jadi saya fikir ia adalah sangat penting untuk kelab tersebut untuk mengekalkan bakatnya.
“Kami semua berharap dia akan bermain dengan baik untuk Olympique Lyon dan kenapa tidak datang kembali (ke United), kerana semua orang benar-benar suka kepadanya.” – MalaysiaGazette