MANCHESTER – Zlatan Ibrahimovic dan Henrikh Mkhitaryan telah tinggal di England selama setengah tahun.

Namun dua bintang sensasi Manchester United baru menemui salah satu tempat makan kegemaran mereka.

Mereka dilihat keluar dari restoran Brazil, Bem Brasil di King Street West bersama dua rakannya selepas makan tengah hari, semalam.

Restoran yang dikatakan menyediakan makanan halal itu pada mulanya telah dicadangkan oleh bekas pemain United, Anderson.

Restoran itu turut dikatakan menjadi kegemaran pengurus Jose Mourinho. – MalaysiaGazette