Home Ekonomi Galaxy Note 7 terbakar kerana bateri – Samsung

Galaxy Note 7 terbakar kerana bateri – Samsung

SEOUL – Kepanasan melampau hingga menyebabkan telefon pintar Galaxy Note 7 terbakar dikenalpasti berpunca daripada kerosakan bateri.

Samsung turut mengesahkan, kedua-dua perisian dan perkakasan, selain bateri didapati bermasalah.

“Siasatan dalaman dan bebas merumuskan bateri menjadi punca insiden kebakaran Note 7,” kata gergasi teknologi Korea Selatan dalam satu kenyataan.

Masalah tersebut menyebabkan Samsung terpaksa menarik balik telefon pintar itu dalam pasaran dan kemudian menghentikan pengeluarannya.

Penarikan balik itu dipercayai melibatkan kos sebanyak AS$5.3 bilion (4.3 bilion pound) telah menjejaskan reputasi firma milik Korea Selatan itu.

Firma itu berkata, pihaknya telah mengambil tanggungjawab terhadap masalah yang berlaku dengan mengenalpasti dan mengesahkan ia berlaku disebabkan reka bentuk bateri dan proses pembuatan.

Ketua perniagaan telefon pintar Samsung, Koh Dong-jinmemohon maaf bagi pihak syarikat itu.

Dilancarkan pada bulan Ogos 2016, peranti Samsung Nota 7 yang dipasarkan dengan skrin besar peranti merupakan saingan kepada iPhone Apple.

Bagaimanapun, pada bulan September Samsung terpaksa menarik balik kira-kira 2.5 juta telefon selepas aduan telefon bimbit terlalu panas dan bateri meletup. – MalaysiaGazette