KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan, AirAsia X mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Persekurtuan (FAA) Amerika Syarikat untuk menawarkan perkhidmatan ke sebarang destunasi di negara itu.

Kelulusan itu menjadikan AirAsia X sebagai syarikat penerbangan tambang murah Asia pertama yang mendapat kebenaran untuk mengadakan operasi penerbangan penumpang berjadual ke AS.

Berikuran itu, AirAsia X kini mengkaji untuk menawarkan perkhidmatan ke beberapa bandar di AS, termasuk Hawaii dalam racangan pengembangan operasinya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Kamarudin Meranun berkata, sehingga kini perluasan operasi syarikat penerbangan itu hanya tertumpu di Asia, Australia dan Timur Tengah.

“Kami teruja mengenai penembusan pasaran baharu pertama yang melangkaui Asia Pasifik,”katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, sebahagian daripada rancangan pembesaran operasi syarikat juga mambabitkan pengenalan semula laluan London dan kini pihaknya sedang berusaha mendapat kelulusan yang diperlukan. – MalaysiaGazette