Home Utama PM hadir rumah terbuka Tahun Baharu Cina MCA

PM hadir rumah terbuka Tahun Baharu Cina MCA

Najib Razak (tengah), Rosmah Mansor sambil diiringi Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tion Lai (lima kanan) menggaul Yee Sang pada Majlis Rumah Terbuka MCA sempena Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 28 JANUARI 2017.

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA, di sini hari ini.

Ketibaan Najib dan Rosmah kira-kira jam 9.50 pagi dengan berpakaian warna merah di perkarangan Wisma MCA itu disambut barisan kepimpinan tertinggi MCA yang diketuai Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, sambil diiringi persembahan tarian singa.

Najib, Rosmah dan Tumbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid turut bersama beberapa pemimpin tertinggi komponen Barisan Nasional (BN) termasuk Liow dan Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam menggaul yee sang yang merupakan hidangan utama perayaan Tahun Baharu Cina.

Yee sang atau turut dikenali sebagai ‘prosperity toss’ dianggap juadah yang membawa tuah dalam kalangan masyarakat Cina.

Turut hadir menteri-menteri kabinet dan pemimpin-pemimpin parti komponen lain.- MalaysiaGazette