Pasangan Duet, Syamel & Ernie Zakri bergambar dengan trofi dan replika cek bernilai RM100,000 selepas dinobatkan Juara Konsert Akhir Duo Star pada Majlis Tayangan Perdana Konsert Akhir Duo Star di 1st Avanue, Bandar Utama. foto SAFWAN MANSOR, 05 FEBRUARI 2017

Seperti dijangka pasangan duet, Syamel dan Ernie dinobatkan juara DuoStar dalam
persaingan sengit barisan penyanyi profesional bagi program sulung yang disiarkan Astro Ria malam tadi.

Gabungan dua artis muda yang setiap minggu mendapat pujian dalam kalangan juri itu membawa pulang wang tunai RM100,000, baucer GoShop bernilai RM4,000 dan trofi.

Mereka menyampaikan lagu juara dendangan Datuk Siti Nurhaliza iaitu Balqis dan Kau Lupa Pada Janji (Jamal Abdillah) sebagai lagu bebas yang turut mendapat standing ovation.

Kedua-dua penyanyi itu tidak dapat menahan sebak apabila diumumkan juara bagi program yang julung kali diterbitkan Astro.

Naib juara menjadi milik pasangan duet Awi Rafael dan Kaka Azraff yang meraih wang tunai RM50,000, baucer GoShop (RM3,000) dan trofi.

Pasangan yang dua kali jatuh ke kedudukan dua tangga terakhir itu menyampaikan lagu Dealova dan We Don’t Talk Anymore dengan gaya persembahan tersendiri.

Gelagat pasangan Juara Duo Star, Syamel (empat kiri)  dan Ernie Zakri (tiga kiri) turut serta pemenang tempat kedua, Awi Rafael (kanan) & Kaka Azraff (dua kanan) dan pemenang tempat ketiga, Haiza (dua kiri) & Epul (kiri) bergambar bersama selepas selesai Majlis Tayangan Perdana Konsert Akhir Duo Star di 1st Avanue, Bandar Utama. foto SAFWAN MANSOR, 05 FEBRUARI 2017
Gelagat pasangan Juara Duo Star, Syamel (empat kiri) dan Ernie Zakri (tiga kiri) turut serta pemenang tempat kedua, Awi Rafael (kanan) & Kaka Azraff (dua kanan) dan pemenang tempat ketiga, Haiza (dua kiri) & Epul (kiri) bergambar bersama selepas selesai Majlis Tayangan Perdana Konsert Akhir Duo Star di 1st Avanue, Bandar Utama. foto SAFWAN MANSOR, 05 FEBRUARI 2017

Gandingan Aepul dan Haiza dipilih sebagai pemenang tempat ketiga oleh juri profesional yang terdiri daripada Pengarah Muzik, Datuk Acis; penyanyi Datuk Hattan; dan Adibah Noor.

Mereka menyampaikan lagu juara Jeritan Batinku dan lagu bebas Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu.

Penyanyi Ayai dan Firman yang menang persembahan terbaik menduduki tempat keempat membawa pulang wang tunai RM10,000 baucer GoShop RM1,000 dan trofi

Kesemua peserta dinilai sepenuhnya oleh juri dari segi vokal, persembahan dan keserasia. – MalaysiaGazette