Home Nasional Semangat perpaduan asas keharmonian negara – Najib

Semangat perpaduan asas keharmonian negara – Najib

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri mengajak rakyat Malaysia bersama-sama menghayati semangat perpaduan dan kepelbagai yang menjadi asas kepada kestabilan dan keharmonian negara ini.

Dalam ucapannya sempena sambutan Thaipusan esok, Datuk Seri Najib Razak berkata, sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama, rakyat Malaysia sememangnya sangat bertuah kerana dapat mengamalkan kepercayaan masing-masing dalam suasana yang aman dan harmoni.

“Marilah kita sama-sama menghayati semangat perpaduan dalam kepelbagaian yang telah menjadi asas kepada kestabilan dan keharmonian di negara kita.

“Selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Hindu,” kata Najib menerusi Facebook dan blog beliau. – MalaysiaGazette