Nuan Nuan ketika berusia 3 bulan yang diletakan di dalam bilik kaca Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) Zoo Negara.
KUALA LUMPUR – Nuan Nuan, anak panda yang dilahirkan di Zoo Negara masih berpeluang hidup di Malaysia selepas berumur dua tahun.
Nuan Nuan yang bakal memasuki 18 bulan pada 18 Februari akan dipisahkan dengan ibunya, Liang Liang selepas berumur dua tahun.
Keadaan itu juga bermakna Nuan Nuan akan dihantar pulang ke China selepas dua tahun bersama Liang Liang di Malaysia.
Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosli Ahmat Lana bagaimanapun berkata, rakyat Malaysia boleh menyuarakan kesukaan terhadap Nuan Nuan dan kerajaan seteruanya boleh menggunakan alasan itu untuk meminta daripada Beijing supaya ‘tempoh bermastautin’ Nuan Nuan di Malaysia dipanjangkan.
Katanya kepada Sinchew Daily, kerajaan Thailand juga berjaya melanjutkan tempoh pinjaman panda dari China selama dua tahun kerana rakyat negara jiran itu amat senang dengan kehadiran beruang panda yang bernama Lin Bing.
Menurutnya, nasib Nuan Nuan kini bergantung kepada keputusan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Rosli berkata, pihak zoo akan mula berbincang dengan kementerian itu mengenai hala tuju Nuan Nuan sebaik sahaja ia berumur dua tahun dan berpisah dengan ibunya.
“Nuan Nuan berumur 18 bulan pada masa ini dan menghabiskan masa dengan ibunya.
“Apabila ia mula berpisah dengan ibunya, maka kami perlu menyediakan tempat baharu untuk Nuan Nuan,” katanya.