KUALA LUMPUR – Peminat filem Bollywood di Pakistan menerima berita sedih apabila filem terbaharu pelakon terkenal, Shah Rukh Khan tidak diluluskan lembaga perfileman negara itu.

The Guardian melaporkan, filem berjudul Raess itu diharamkan kerana watak Raess digambarkan sebagai Muslim yang membawa pengaruh tidak baik.

Raees yang merupakan watak utama dilakonkan oleh Shah Rukh Khan yang memiliki yang ramai di Pakistan.

Pengerusi Lembaga Penapisan Perfileman Pakistan, Mubashir Husain berkata, tidak memenuhi piawaian untuk disiarkan di panggung.

“Filem Raess didapati mengandungi kandungan tidak sesuai dan sijil tapisan belum dikeluarkan,” jelasnya.

Namun, Mubashir tidak menjelaskan lebih lanjut punca pengharaman Raees.

Difahamkan plot yang terdapat dalam filem itu memaparkan Raees sebagai penyeludup Muslim yang berjaya memenangi pilihan raya ketika berada dalam penjara.

Filem itu turut mengisahkan Raees yang berasal dari Fatehpur, Gujarat terbabit dalam perdagangan minuman keras pada usia yang sangat muda.

Raees bekerja dengan ketua gangster Jairaj dan tugasnya menyeludup alkohol secara haram dengan merasuah polis.

Komentar-komentar negatif turut melaporkan Raees merendah-rendahkan Islam selain menggambarkan Muslim sebagai penjenayah, individu dikehendaki dan pengganas.

Raess sebelum ini digambarkan sebagai filem India yang bakal berjaya membawa perubahan besar dalam industri perfileman di Pakistan selepas berdekad mengalami kejatuhan menerusi tarian mengagumkan dan skrip yang mantap. – MalaysiaGazette