KUALA LUMPUR – Buku berjudul 99 Kata-Kata Fattah Amin yang baru dilancarkan oleh pelakon itu hujung minggu lalu mendatangkan kemarahan kepada pelakon senior, Sharnaaz.

Pemilik nama sebenar Sharnaaz Basir Ahmad dalam satu status di laman sosial mempersoalkan sejauh mana pencapaian Fattah hingga boleh menganggap dirinya mempunyai bakat untuk menulis buku.

Sharnaaz yang tidak berpuas hati dengan penerbitan buku itu turut bergaduh di Twitter dengan peminat Fattah.

“Apa pencapaian kau nak tulis buku? Dude tak semua atas muka bumi ni Tuhan cipta yang kau ada bakat.

“Aku tak pernah kacau hidup orang, jangan petik hal aku. Jangan kacau keluarga aku. Hina keluarga aku. Itu jam mau tau lah singa kandang atau patung,” kata Sharnaz.

Sharnaaz yurut mempersoalkan berapa tinggi nilai sastera dalam diri Fattah serta berapa banyak anugerah pernah diterimanya seperti A. Samad Said dan Zahiril Adzim.

Ada juga kata-kata istimewa yang dikongsi dalam buku Fattah berkaitan lakonannya pernah dikritik sebagai ‘kayu’ oleh seseorang.

Buku berkenaan boleh di dapati MPH Book Store seluruh negara dengan harga RM58 senaskah di semenanjung dan RM65 di Sabah dan Sarawak.

Buku tersebut yang ditulis dalam bentuk kata-kata itu ini menjadi bahan jenaka di media sosial kerana ada kata-kata Fattah yang dianggap netizen seperti tidak logik dan kelakar.

Bagaimanapun, ada juga netizen dan peminatnya memuji usaha Fattah kerana sesiapa sahaja ada hak menulis buku asalkan penulis bertanggungjawab. – MalaysiaGazette