Ahmad Zahid Hamidi (kiri) menyerahkan replika cek kepada Presiden KVUM, Datuk Raja Ahmad Niza Raja Ismail (kanan) pada Majlis Minum Petang Amal Kelab Veteran Utusan Melayu (KVUM) di Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 14 FEBRUARI 2017

KUALA LUMPUR – Sebanyak lapan surat tunjuk sebab di bawah Akta Mesih Cetak dan Penerbitan 1984 diberikan kepada syarikat akhbar tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, daripada jumlah itu tujuh diberikan kepada akhbar berbahasa Tamil dan satu kepada akhbar berbahasa Inggeris.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri memberitahu, sepanjang tahun lalu juga, sebanyak 77 surat nasihat dikeluarkan kepada syarikat penerbitan di negara ini.

“Daripada jumlah ini sebanyak 29 surat dihantar kepada akhbar berbahasa Tamil, 21 kepada akhbar berbahasa Cina, 18 kepada akhbar berbahasa Inggeris dan 9 akbar berbahasa Melayu.

“Manakala sembilan surat teguran dikeluarkan iaitu lima kepada akhbar berbahasa Cina, tiga akhbar berbahasa Melayu dan satu Tamil,”

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan pelancaran buku Memoir Wartawan Ahmad Idris (ABI): Dari Geylang Serai ke Utusan Melayu di sini hari ini. – MalaysiaGazette