Home Ekonomi Kadar faedah pasti dinaikan pada mesyuarat akan datang – Yellen

Kadar faedah pasti dinaikan pada mesyuarat akan datang – Yellen

Janet Yellen. foto Agensi

WASHINGTON – Rizab Persekutuan membayangkan akan menaikkan kadar faedah pada mesyuarat akan datang, kata pengerusinya, Janet Yellen.

Yellen berkata, penangguhan lagi kenaikan kadar faedah boleh menyebabkan kenaikan lebih cepat pada kemudian hari, yang akhirnya menyebabkan kemelesetan ekonomi.

“Menunggu terlalu lama adalah tidak bijak,” kata Yellen dalam ucapan yang disediakan untuk Jawatankuasa Perbankan Senat Amerika Syarikat.

Rizab Persekutuan menjangkakan pasaran kerja akan menjadi sukar dan perkembangan itu akan meningkatkan inflasi kepada 2.0 peratus.

“Pada mesyuarat akan datang, jawatankuasa akan menilai sama ada pekerjaan dan inflasi akan terus berkembang selaras dengan jangkaan ini, yang mana pelarasan kadar dana persekutuan mungkin akan sesuai.”

Yellen memaklumkan bila Rizab Persekutuan akan menaikkan tiga kenaikan kadar faedah tahun ini kerana telah memberi isyarat pada bulan Disember lalu.

Meskipun tidak ada kenaikan pada awal tahun ini, mungkin kenaikan pada bulan Mac atau Jun. – MalaysiaGazette