Sabin Samitah

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Negara Malaysia (LHDN) hari ini memperkenalkan aplikasi Mobile Semakan BR1M bagi memudahkan urusan semakan permohonan bantuan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM, Datuk Sabin Samitah berkata, aplikasi itu boleh dimuat turun ke telefon bimbit android bagi membolehkan semakan BR1M lebih cepat.

Dengan kemudahan itu, penerima BR1M boleh membuat semakan penghantaran borang, status bayaran dan rayuan.

LHDN telah menguruskan BR1M sejak 2011 menerusi BR1M 1.0. – MalaysiaGazette