RIYADH – Penerbangan haji pertama pada tahun ini akan tiba di Arab Saudi pada 24 Julai depan, kata Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (GACA).

Penerbangan terakhir haji akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah pada 26 Ogos.

Arab Saudi menjangka peningkatan 260,000 jemaah haji luar negara pada tahun ini berbanding tempoh empat tahun sebelum ini kerana pengurangan kuota haji yang dilaksanakan pada 2013.

Menurut perangkaan Pihak Berkuasa Awam Arab Saudi, seramai 1,862,909 menunaikan ibadah haji pada tahun lalu dan daripada jumlah itu seramai 1,325,372 jemaah daripada 169 negara manakala 537,537 orang adalah jemaah tempatan.

Sebelum ini negara itu pengurangan kuota sebanyak 20 peratus untuk jemaah haji luar negara manakala kuota jemaah haji Arab Saudi dikurangkan sebanyak 50 peratus bagi memastikan keselamatan mereka terjamin semasa kerja-kerja pembesaran Masjidil Haram dilakukan.