Subahan Kamal

KUALA LUMPUR  – Persoalan siapa yang bakal mengisi kerusi panas Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) terjawab apabila Datuk Subahan Kamal dipilih menerajui pasukan itu sehingga 2012..

Keputusan tersebut diputuskan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) FAS yang telah diadakan di Shah Alam hari ini.

Subahan Kamal merupakan Naib Presiden FAS.

Setiausaha Agung FAS, Rosman Ibrahim berkata, Subahan yang menang tanpa bertanding selepas menerima sokongan daripada 95 anggota gabungan persatuan itu.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekufit MRT Corp., Datuk Seri Shahril Mokhtar juga menang tanpa bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden FAS. Beliau menggantikan Datuk Mokhtar Ahmad

Jawatan Naib Presiden akan diisi K. Palanisamy; bekas pemain Selangor, Abdul Rauf Ahmad; CEO Daya Material Berhad, Datuk Lim Thean Shiang dan Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani.

Dalam pada itu, antara 13 kerusi Exco pula dianggotai muka baharu iaitu Penolong Pengurus Pasukan Selangor, Datuk Mohd. Shahrizal Sahri; Pengarah Pusat Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mustaza Ahmad; Timbalan Presiden Pasukan Bola Sepak Petaling Jaya Rangers FC, Simon Lim Swee Teck – MalaysiaGazette