KUALA LUMPUR – AirAsia Berhad mahu menggabungkan operasi AirAsia di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina di bawah syarikat tersenarai tunggal di ASEAN.

AirAsia yang tersenarai di Bursa Malaysia, sebelum ini mahu menyenaraikan setiap anak syarikatnya di negara ia beroperasi.

Sehubungan itu, pengasasnya, Tan Sri Tony Fernandes meminta kerajaan-kerajaan ASEAN melonggarkan peraturan pemilikan dan memberi pertimbangan kepada para pelabur ASEAN sama dengan pelabur domestik.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia berkata, hasratnya mahu menjana keuntungan daripada aset-aset bukan terasnya.

Aset terbesarnya ialah Asia Aviation Capital Ltd., cabang pajakan yang bernilai AS$1 bilion.

“Kami kini dalam peringkat due diligence dan terkejut dengan faedah yang kita boleh diperoleh daripadanya,” katanya dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia.

Tambah beliau, AirAsia sedang berusaha untuk melaksanakan Tawaran Harga Permulaan (IPO) bagi Pusat Kecemerlangan Penerbangan AirAsia dan penyenaraian dua di bursa Hong Kong dan New York. – MalaysiaGazette