Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan seorang wanita sedang menyerkup kepala Kim Jong-nam di klia2 pada 13 Februari lalu.

Polis Malaysia telah mendedahkan agen saraf VX telah digunakan dalam kes pembunuhan Kim Jong Nam.

Agen saraf VX adalah toksik yang paling tinggi digunakan dalam peperangan.

Apakah agen saraf VX?

Gas saraf VX dibangunkan di United Kingdom pada tahun 1950am sebagai agen kimia yang membawa maut, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).Agen itu adalah gas cecair berminyak berwarna kekuningan tanpa bau dan rasa.

Agen saraf, seperti VX, adalah agen peperangan kimia yang paling toksik dan boleh membawa maut – bahan kimianya seperti racun perosak, malah toksiknya lebih kuat.

VX adalah yang paling kuat daripada semua agen saraf, termasuk Sarin.

Di mana boleh didapati?

Penggunaan VX adalah untuk peperangan kimia – gas maut itu tidak secara semula jadi dalam alam sekitar.

VX dipercayai oleh CDC telah digunakan untuk peperangan kimia semasa perang Iran-Iraq pada 1980-an.

Bagaimanakah ia berfungsi?

VX, jika dalam bentuk wap paling cepat dan gas pembunuh yang dahsyat.

Sebagai cecair, ia berpotensi boleh dilepaskan ke dalam bekalan air atau digunakan untuk meracun makanan seseorang.

Seperti semua agen saraf, VX menghentikan enzim penting daripada berfungsi – yang akhirnya memenatkan dan tidak dapat bernafas.

VX bukan sahaja gas saraf yang paling dahsyat, tetapi juga yang paling kuat di dalam alam sekitar – ia menyejat perlahan-lahan, terutama dalam keadaan sejuk, menjadikannya ia ancaman jangka pendek dan jangka panjang.

Apakah tanda-tanda terkena agen saraf VX?

Bergantung kepada berapa banyak seseorang itu terdedah kepada toksik tersebut – kesannya berlaku serta-merta atau sehingga 18 jam kemudian.

Dos besar gas saraf boleh menyebabkan sawan, kehilangan kesedaran, lumpuh dan kematian kerana kegagalan pernafasan.

Lebih kecil, dos yang tidak membawa maut boleh menyebabkan pelbagai gejala yang termasuk peningkatan degup kadar jantung, penglihatan kabur, loya, cirit-birit, meleleh air liur, sakit dan lemah.

Walaupun dos kecil, gas saraf itu boleh menyebabkan kekeliruan dan mengantuk.

Adakah terdapat kesan-kesan jangka panjang?

Mereka yang terdedah kepada jumlah yang besar gas ini tidak mungkin hidup.

Terdapat penawar jika terdedah kepada VX jika diberi rawatan dengan kadar segera. – MalaysiaGazette