MANCHESTER – Penyerang muda sensasi AS Monaco, Bernardo Silva kini menjadi buruan kelab-kelab gergasi di Liga Perdana Inggeris walaupun nilai perpindahannya naik mendadak.

Pemain berusia 23 tahun itu dikatakan mempunyai klausa pelepasan bernilai £81 juta dan menariknya dia diuruskan oleh ejen ‘terkenal’, Jorge Mendes.

Kontrak semasa pemain AS Monaco tersebut akan berakhir pada musim panas 2020 dan prestasi semasanya membuatkan ‘nilai’ Silva semakin meningkat.

Menurut laporan akhbar, Manchester United merupakan kelab yang terawal ‘merisik’ pemain serba boleh itu.

Namun Chelsea dikatakan sedia membayar £81 juta kepada AS Monaco. – MalaysiaGazette