KUALA LUMPUR – Model dan pelakon, Samantha Katie James dari Kuala Lumpur dimahkotakan sebagai Miss Universe Malaysia 2017.

Samantha, 23, membawa pulang hadiah wang tunai RM52,000 serta barangan lain berharga lebih RM150,000.

Tempat kedua, ketiga, dan keempat disandang Dana Low, Ollemadthee Kunasagaran, dan Laura Simon.

Gadis kacukan Cina-Brazil itu menewaskan 16 peserta lain yang bertanding sekali gus bakal mewakili Malaysia di pertandingan Miss Universe edisi ke-66 akan datang.

Samantha pernah membintangi filem seram berjudul Kastil Tua.

Sementara itu, pada pertandingan yang dihoskan Amelia Henderson dan Joey G itu malam tadi, kesemua peserta dinilai dalam beberapa pusingan iaitu pakaian renang, gaun malam, dan soal jawab.

Tujuh juri yang mengadili peserta adalah selebriti terkenal tempatan, Datuk Hans Isaac dan Debbie Goh, Miss Universe Malaysia 2004, Andrea Fonseka, dan pereka fesyen, Rizman Ruzaini.

Tidak ketinggalan, pemilik salon Shawn Cutler, Shawn Loong, pemilik Ceres Jewels, Datuk Sri Navneet Goenka, dan Pengarah Pemasaran Rangkaian Antarabangsa NBCUniversal, Judriena Jamaludin. – MalaysiaGazette