Dua wanita, Siti Aisyah dan Doan Thi Huong ditahan kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan Kim Jong-nam.

SEPANG: Saspek wanita yang ditahan polis berkaitan kes pembunuhan Kim Jong-nam turut terjejas akibat bahan kimia yang digunakan.

Sehubungan itu, Jabatan Tenaga Atom Negara telah diminta untuk memeriksa dan membersihkan kawasan-kawasan yang terdedah dengan bahan kimia pada hari kejadian.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, salah seorang suspek wanita berkenaan didapati muntah-muntah selepas menggunakan bahan kimia agen saraf VX yang dipercayai digunakan untuk membunuh Jong-nam.

“Dia turut menunjukkan kesan akibat bahan kimia tersebut.

“Dia mengalami muntah-muntah,” katanya semasa diserbu pemberita ketika bersiap untuk memulakan penerbangan ibadah Umrah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini.

Khalid bagaimanapun tidak menyatakan identiti spesifik saspek tersebut. – MalaysiaGazette