Muhammad Ali Jr. dan ibunya, Khalilah Camacho-Ali.

FORT LAUDERDALE – Pagawai-pegawai imigresen Amerika Syarikat (AS) menahan anak Muhammad Ali di lapangan terbang Fort Lauderdale, Florida, kata seorang peguam yang merupakan rakan keluarga lagenda peninju itu.

Chris Mancini memberitahu CBC bahawa Muhammad Ali Jr., 44, dan ibunya, Khalilah Camacho-Ali – isteri kedua Muhammad Ali – turut ditahan setibanya mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Fort Lauderdale-Hollywood dari Jamaica pada 7 Februari lalu.

“Kedua-dua mereka ditanya jika mereka Muslim,” kata Mancini.

Para pegawai menyoalsiasat Ali Jr. hampir dua jam, berulang kali menyoal dia: “Di mana anda dapat nama ini?,”. dan “Awak muslim?,”.

Mancini berkata, para pegawai terus menyoal Ali Jr. selepas dia mengaku seorang Islam, Ali Jr. dilahirkan di Philadelphia dan memegang pasport AS.

Ibu beliau ditahan kira-kira 30 minit, kata Mancini.

“Dia (ibu Ali Jr.) menunjukkan gambar dia dengan arwah suaminya, juara itu,” katanya.

“Dia menerangkan memasuki negara itu walaupun dia dilahirkan dan dibesarkan di sini serta memegang pasport AS,”.

Kedua-dua beranak itu ‘terkejut’.

“Tidak perlu diperkatakan, kedua-dua beranak sedih mengenai insiden ini dan terkejut. Ia tidak pernah berlaku kepada mereka sebelum ini. Mereka yakin inisiden ini berlaku kerana pegangan agama mereka,” kata Mancini keada CBC News.

Mancini, seorang pendakwaraya pada 1980an berkata, Jabatan Keadilan ‘tidak terfikir untuk melakukan perkara seumpama ini’ ketika itu.

“Berdasarkan pengalaman saya, bagi saya kerajaan AS berada pada tahap yang rendah. Ia hilang di depan mata prinsip negara ini diasaskan,” katanya.

Para pegawai Kastam dan Perlindungan Sempadan AS berkata, mereka ‘tidak boleh membincangkan mengenai pengembara secara individu, bagaimanapun semua pelawat antarabangsa yang tiba di AS tertakluk kepada pemeriksaan Perlindungan Sempadan Kastam (CBP).

Mancini berkata, dia percaya insiden tersebut merupakan ‘sebahagian program profil yang telah diarahkan kepada kastam dan pengawal sempadan untuk dilaksanakan,”.

“Pendapat peribadi saya ialah ia berkaitan dengan cubaan Presiden Trump untuk melarang orang Islam memasuki,” tambah beliau.